Monday, 8 August 2016

kyra

Tips Melancong Ke Cameron Highland, Pahang

Tips Melancong ke Cameron Highlands. Tips ini dikongsikan oleh saudara Raisul Fadhla Safiruddin.

Tips ini saya perolehi daripada Puan Fadillah Nur. Dan saya tuliskan semula di sini untuk rujukan saya. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaat untuk rakan-rakan yang membaca. Antara tipsnya adalah seperti berikut:



Tips Melancong ke Cameron Highlands.

Seeloknya Pergi Bukan Pada Musim Cuti Sekolah Atau Cuti Perayaan

  • harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal
  • sukar untuk dapat parking kereta
  • kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal
  • kurang privasi


Membeli Buah Tangan Di Kawasan S Corner


Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.
Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10.

Anda boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat. Saya pernah membeli 20 kotak teh uncang dengan RM100 serta mendapat strawberi white coffe sekotak dengan percuma. Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.

Cari Makanan Di Kawasan Tanah Rata
Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.

Cari Hotel Di Sekitar Tanah Rata


Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu. Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.


credit : Destinasi Percutian


kyra

About kyra -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :