Hai Kaki Cuti fans! Kali ni kami sajikan pula tips ke Sabah untuk anda semua..Moga bermanfaat. <3
Planning
Ni benda paling penting! Kena ada planning. Kalau bukan jenis biasa dengan kawasan dekat sana. Kena study sikit la. Lagi baik kalau korang buat siap2 buku notes unuk percutian dekat sana supaya semua benda jadi smooth je. Write down siap2 list tempat korang nak pergi, tempat makan yang best dengan hotel & transport korang sepanjang dekat sana. Kalau pergi time public holiday or school holiday pastikan booking awal.
Hotel
Sini banyak hotel. Tak perlu risau. Dari yang bajet rendah sampai bajet tinggi semua ada. Tapi nak booking hotel selain dari survey dekat agoda, Booking.com or website lain, try jugak call or tengok website hotel. Untuk hotel bajet, kadang2 rate dekat hotel lagi murah. Dekat sana, semua hotel yang kiteorang stay booking melalui hotel kecuali hotel Tang Dynasti Park je melalui Booking.com.
Lepas tu, sila google map hotel yang korang pilih nak stay tu. Tengok dekat kawasan mana. Apa tempat yang dekat around hotel tu. Ada parking ke tak. Dekat sini orang cakap malam2 pun polis saman kalau main parking jer merata. So, sila berhati2. Belilah kupon parking kereta kalau perlu. Macam kiteorang hari tu sewa kereta, tuan kereta sewa tu dah bagi 1 kad parking dekat kiteorang. Hihi..senang. Rasa korang boleh request la dekat tuan sewa kereta tu untuk tolong belikan kupon parking kereta dekat korang. Kalau sewa kereta, better cari hotel yang provide free parking la dari yang parking awam. Macam kiteorang malam first tak sewa kereta so tak kisah. Masa balik dari kundasang, memang cari hotel yang bagi free parking (multiple car park). Senang.
Kena tau jugak tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi sekitar hotel. Lagi baik yang setakat walking distance jer. Senang nak gerak. Macam kiteorang first day, nak pergi pulau2. So carila hotel yang boleh jalan kaki je gi jesselton jetty tu. Yang less dari 10 minit walking distance.
Jarak hotel kiteorang dengan terminal ferry jesselton jetty. 10 minit je jalan kaki.
Mount kinabalu hotel ni memang atas bukit. Tapi jarak dengan pekan kundasang tak jauh. Kalau drive dalam 5 minit je. Turun bukit memang terus masuk pekan kundasang. ( kawasan KFC)
Tang Dynasty Park Hotel ni dekat dengan muzium sabah. Dalam 5-7 minit je drive.
Activity
Kalau pergi sabah memang korang akan dapat pakej 3 in 1 sekali harung. Hihi..maksudnya, dapat tengok laut, gunung & tempat menarik yang lain termasuklah makanan best & shopping! . Untuk itinerary ke sabah, boleh refer entri saya sebelum ni. Mostly dekat sabah ni banyak tempat boleh melawat. 4 hari 3 malam pun tak cukup nak melawat semua tempat. Huhu..
Kalau pergi ke taman laut tun abdul rahman, pulau sapi, pulau manukan & pulau mamutik tu, please bawak makanan sendiri. Boleh tapau dekat Jesselton jetty je. Sana banyak kedai makan & kedai jual air. Sebab harga makanan dekat pulau2 tu sangatla mahal.
Kalau korang tidur dekat kundasang, bawakla sweater dengan stokin kalau badan jenis tak tahan sejuk sebab dekat sana malam sangat sejuk. Tambah2 kalau time hujan.Bawak la losyen panas ke apa. In case kalau tak tahan sejukla. Lepas tu kalau nak tengok view gunung kinabalu di waktu pagi around pukul 6.15 pagi – 8 pagi k. Ni waktu paling cantikla.
Kebanyakan tempat2 nak melawat dekat sabah ni semuanya berbayar. So, better korang buat bajet list siap2 harga tiket yang nak kena bayar untuk setiap tempat tu. Untuk baby free je. Untuk harga tiket semua boleh refer entri saya sebelum ni.
Study Map
Orang cakap zaman sekarang dah ada waze, gps semua buat apa nak study map lagi? Hmm… ni penting tau korang. Study map bukan semata-mata nak tahu arah ke tempat kita nak pergi tapi mudahkan kita nak susun jadual activity dekat sana. So, takdela kita bazir masa macam tu jer dengan aktiviti banyak tergendala.
Saya siap print map lagi lepas tu bulatkan mana kawasan yang nak pergi. Bila dah ada map, senang nak plan & budget masa. Mana kawasan yang dekat2 boleh pergi sekali harung jer..hihi
Makanan
Saya bawak je minuman 3 in 1, biskut & roti dari semenanjung masa fly ke KK. Sebab before tu ada google2 orang cakap dekat KK susah nak jumpa roti. Even dekat 7e pun susah jumpa. Hihi..Sebab bawak baby, so bawak je roti & biskut siap2 dalam beg senang bila lapar time travel lebih2 lagi masa dekat Kundasang & Ranau.
Tapi kalau korang malas nak bawak, boleh je beli dekat Giant Kota Kinabalu. Sana ada roti.
Dekat KK tak perlu risau sebab kedai makanan halal banyak. Banyak choice. Harga makanan kalau seafood memang murah. Boleh makan seafood puas2 dekat sini. Hot spot untuk makan seafodd dekat sini, dekat area anjung senja, pasar philiphine ( tapi kena hati2 sikit pilih makanan. Better pilih makanan yang fresh & suruh diorang masak la..), dekat waterfront. Yang waterfront ni sebelah pasar besar dekat KK. Situ diorg bukak gerai2 khemah je malam2. Ramai jugak yabg cakap sini sedap dan murah. Semua ni dekat tepi laut. Hihi.. Makanan lain yang bukan seafood bagi saya agak mahal la. Tapi still boleh diterima.
3 Tempat yang jadi tumpuan untuk makan seafood waktu malam. dekat2 je tempat dia. semua tepi laut. Harga pun murah.
Kalau pergi pasar philiphines jangan lupa makan chicken wings dia. Sedap. Hihi..
Yang agak susah masa dekat Ranau & kundasang. Masa kiteorang ke poring hot spring, memang ada deret kedai makanan depan tu. Tapi ada yang halal ada yang tak. Ada satu kedai tu memang pemilik dia orang islam. Makanan memang halal. Tapi harga memang mahal la maybe sebab dekat ranau ( area hot spring ) tu susah nak dapat makanan basah. Nasi goreng ayam dia just letak ayam masin je ketul2 kecik je. ( ayam yang diorang keringkan buat macam ikan masin). Huhu…telur mata pun sebiji RM 2.50 ke RM 3 tau! Kalau dekat spa ikan tagal banyak sikitla jual makanan ringan. Harga buah potong jual dekat situ pun consider murah lagi.
Dekat pekan ranau ada restoran makanan islam. Bolehla korang makan dekat sana kalau ke Ranau-kundasang. Jarak dari pekan kundasang lebih kurang 20 minit macam tu. Pekan kundasang ada satu dua je kedai makan. Tapi kedai makanan islam ke tak saya tak pasti sebab kiteorang memang tak makan dekat situ. Dekat kundasang ada KFC so kiteorang makan KFC jer. Kenyang. HIhi…Breakfast boleh ambik dekat hotel or korang breakfast je dekat cafe Desa cattle Farm. Sini takde jual nasi2 tapi adala menu2 macam roti sosej & sandwich untuk breakfast. Boleh breakfast sambil mengadap gunung kinabalu di pagi hari. Memang cantik view dari depan cafĂ© ni.
cafe di cattle farm
Desa Dairy Farm, Kundasang
Rabbit House, Kundasang
semoga sedikit sebanyak tips ini dapat membantu korang yg berhajat nk ke Sabah nanti ye.
Hasil nukilan : Kak NorFahimah