Sunday, 19 June 2016

kyra

Kisah 5 Tempat Berhantu di Malaysia

Amber Court






Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:



Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:

-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan

Ini kata seorang penghuni di sana:

“Amber Court ngan Billion Court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.
kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”

“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…
aku punyalah takut…
…..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…
lama2 hilang malu, takut punya pasal,
aku nangis sampai member aku terjaga…
bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”…
aku dah stop jerit.
member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…
pastu baru diam…”

“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”



Bukit Tunku, Kuala Lumpur 





Who had called for taxi in the midnight?
Even the most elite places can be stained by not-so-glorifying stories. Some people have labelled Bukit (Hill) Tunku as the roaming ground for pontianaks, or female spirits. Experienced taxi drivers would refuse to pick up passengers (especially females and children) heading to this place at night.


 Villa Nabila, Johor




Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.



Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.




Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi #6 - Versi terakhir ni
Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.
Walaupun gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.

Silap kamera? Mungkin juga tapi macam agak mustahil.
Kawasan yang berhantu semestinya ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa tu tapi secara tiba-tiba enjin kereta mati dan ada sesuatu ketuk-ketuk kat bahagian atas kereta. Ada juga yang tetiba dengar lagu lama dari radio. Macam-macam juga pengalaman diorang dapat dek nak menguji tahap keberanian masing-masing.



 Jalan Karak Lama (Karak Highway)


Lebuhraya Karak adalah salah satu lebuhraya popular di Malaysia. Bukan kerana  ia menjadi
pusat pelancongan (siapa pula yang nak melancong kat lebuhraya?), tetapi kerana terdapat pelbagai kisah seram yang terdapat di lebuhraya Karak.



Kenapa lebuhraya Karak begitu berhantu sekali sehingga kekadang hampir menyebabkan kemalangan? Itulah yang bakal dibincangkan di blog ini. Tetapi sebelum itu, baca dulu salah satu cerita seram popular di Lebuhraya Karak.

Cerita mengenai Lebuhraya Karak ni diambil di blog Bahasa Inggeris dan diubah sedkit. Tak tahulah admin dia orang putih atau tak. Mana aku tahu. Yang penting, ia lebih panjang berbanding blog-blog Bahasa Melayu kat blog-blog warga Malaysia.

Sepasang suami isteri yang masih muda bersama bayi mereka sedang dalam perjalanan di Lebuhraya Karak. Ketika itu, waktu malam. Mereka memilih waktu malam untuk mengelak traffic jam dan panas matahari. (Kau bukan tak tahu panas kat Malaysia macam mana)
Semasa si suami memandu dalam kesunyian lebuhraya Karak, tiba-tiba, kereta jilake yang dipandunya melanjioo dan mula buat bising minta pelempang. Si suami terkejut kerana dia ingat dia ada periksa kereta tersebut sebelum memulakan perjalanan jauh untuk keselamatan keluarganya. Kemudian, mereka tiada pilihan lain kecuali berhenti di tepi jalan. Si suami keluar untuk periksa enjin kereta jahanam tersebut manakala si isteri bersama anak mereka menunggu di dalam kereta. Selepas beberapa minit, si suami kembali semula dan memberitahu yang dia tak jumpa apa-apa masalah dan cuba untuk menghidupkan kereta itu lagi. Tetapi, kereta tersebut masih tak nak hidup sebaliknya kekal melanjioo. Akhirnya, si suami terpaksa membuat keputusan yang sukar sama ada tunggu sahaja sampai kereta lain lalu atau jalan cari pondok telefon berdekatan di Lebuhraya Karak.
Tidak ingin meninggalkan keluarganya, si suami mengambil keputusan untuk menunggu. Setelah 20 minit atau lebih/kurang, lebuhraya Karak masih lagi sunyi. Si suami tertanya-tanya kenapalah ada musibah sedemikian di Lebuhraya Karak tersebut sedangkan sambutan perayaan dah dekat. Setelah berfikir di waktu tengah malam tersebut, si suami nekad untuk mengambil keputusan kedua (cari pondok telefon berdekatan).
Sebelum pergi, dia menasihati isterinya untuk mengunci pintu kereta lalu dengan berat hati pergi meninggalkan isteri dan anaknya. Si isteri hanya melihat suaminya berjalan pergi dengan kerisauan di minda. Dia berdoa agar seseorang akan ternampak kereta mereka yang rosak dan menawarkan bantuan lambat-laun nanti. Dia juga khuatir jika kemalangan terjadi di Lebuhraya Karak.
Berjam-jam berlalu dan si isteri mula bertambah risau. Dia risau jika sesuatu terjadi kepada suaminya di lebuhraya Karak tersebut.
Tiba-tiba, dia terlihat cahaya biru dan merah yang datang dari kereta peronda. Melalui cermin pandang belakang, dia nampak seorang anggota polis keluar dari kereta dan menuju ke kereta rosak tersebut. Mereka meminta si isteri untuk keluar dari kereta rosak tersebut secara senyap dan jangan pandang belakang.
Si isteri keluar (bersama bayi) dan berjalan ke arah kereta polis dengan anggotanya. Bila dia sudah berada di jarak yang selamat, dia pun menoleh ke belakang dan terlihat kepala tanpa badan suaminya di atas kereta mereka. Sehingga hari ini, badan si suami masih belum ditemui.


 Highland Tower, Bukit Antarabangsa




Kisah 1 - Dua Orang Lelaki Berjubah Putih


Menurut kepada cerita dari penduduk kawasan berhampiran,  terdapat sebuah kisah yang ganjil dan pelik telah berlaku, serentak dengan runtuhan bangunan tersebut. Kisah itu diceritakan sendiri oleh saksi kejadian, dimana seorang amah Indonesia yang berkerja dengan sebuah keluarga melayu yang tinggal di block berhampiran, iaitu di Block 2, telah menyaksikan 2 lelaki misteri yang lengkap memakai serban dan berjubah putih, sedang menggoncang dan menolak bangunan di Block 1 diiringi dengan bacaan al-Quran dari kedua-dua makhluk misteri tersebut.

Bagi menyokong dakwaannya, perempuan tersebut juga telah bersumpah, apa yang disaksikannya adalah dari matanya sendiri. Mengikut kepada laporan saksi kejadian, bangunan tersebut telah runtuh secara menyenget seperti sedang ditolak dan bukan jatuh menjunam kebawah, menguatkan lagi dakwaan wanita Indonesia itu.

Kisah 2 - Pemandu Teksi dan Wanita Misteri


Pengalaman yang dilalui oleh seorang pemandu teksi di Ibu Kota ini, agak menyeramkan dan berlaku ditengah malam, ceritanya seperti ini:

Ketika itu waktu adalah pada sekitar jam 1 pagi, seorang pemandu teksi yang baru sahaja menurunkan penumpang di sekitar ibu kota bercadang untuk pulang kerumahnya, di Gombak, kerana kepenatan setelah dari pagi keluar mencari rezeki. Didalam perjalanan memandu pulang dari pusat bandar, seorang wanita telah menahan teksinya, dan kerana merasa kasihan melihatnya yang keseorangan ditengah malam, dia membuat keputusan untuk memberhentikan teksi dan bertanya kemana wanita tersebut hendak pergi.

"Cik hendak ke mana?", tanya pemandu teksi itu dengan sopan.

"Saya hendak balik kerumah," wanita tersebut menjawab dengan kepalanya tunduk kebawah.

"Saya boleh hantarkan jika cik mahu", pemandu teksi itu menawarkan perkhidmatan teksinya, walaupun dia begitu keletihan ketika itu.

"Dimana rumahnya?"

"Di Taman Hill View, Higland Tower".

Pemandu teksi tersebut agak bersyukur kerana Taman Hill View terletak di sepanjang laluan ke rumahnya di Gombak, jadi dia boleh menggunakan lebuhraya MRR2 untuk kesana, tetapi didalam masa yang sama dia terlupa bahawa salah satu bangunan disitu telah runtuh dan bangunan disekitarnya juga sudah tidak berpenghuni lagi kerana telah berpindah atas arahan pihak berkuasa.

Setelah kira-kira 10 minit berlalu, ketika kedua-duanya diam membisu, secara tiba-tiba pemandu teksi tersebut teringat akan peristiwa runtuhan bangunan di situ yang baru sahaja terjadi, dan beliau terus merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada wanita itu. Pelbagai persoalan timbul difikirannya, siapa wanita ini? Masih ada lagikah penghuni yang belum berpindah? Jika ada pun, berani betul wanita ini tinggal disitu kerana sudah pasti kawasan itu sudah tidak selamat lagi untuk dihuni.

Oleh kerana keinginannya yang begitu kuat untuk mengetahui siapa wanita itu, pemandu teksi itu terus bertanya kepadanya setelah sampai ke destinasi, "Cik masih tinggal disini ke?"

Lebih kurang dalam 30 saat, wanita itu baru menjawab, "Masa bangunan tu runtuh, saya ada didalam, dan kedua-dua kaki saya telah putus. Cuba abang tengok kaki saya ni, kudung dan berdarah".

Pemandu teksi itu tidak mahu melihatnya, tetapi kepalanya tetap menoleh ke belakang di kerusi penumpang dan dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, kedua-dua kaki wanita itu memang kudung dan dipenuhi darah. Lututnya lemah, kakinya tidak bermaya lagi untuk menekan pedal minyak. Dia hanya mampu memandang dan terkaku apabila wanita itu membuka pintu teksi dan turun sambil merangkak menuju ke arah runtuhan bangunan tersebut sehingga wanita itu hilang dari pandangan matanya.



Kisah 3 - Kenapa Dengan Afiq?


Beberapa tahun lalu, sekumpulan 4 orang pemuda dari kawasan sekitar Kuala Lumpur, telah memutuskan untuk melawat tapak runtuhan Highland Towers, di Ulu Klang. Kebetulan pada malam itu adalah malam jumaat. Sebut sahaja malam jumaat, secara semula jadi sejak zaman dahulu sehingga kini, pemikiran orang melayu akan mengaitkannya dengan malam yang mudah untuk melihat atau berjumpa dengan hantu dan makhluk halus.

Mereka menaiki dengan sebuah kereta untuk sampai ke sana, dan mangsa yang digelarkan sebagai Afiq, duduk dibahagian belakang bersama seorang lagi rakannya. Apabila tiba ke destinasi, mereka berpecah, berjalan sambil mengambil gambar, dan berkumpul semula ditempat kereta diletakkan kira-kira 20 minit kemudian. Setelah berpuas hati dan bersetuju untuk pulang, mereka pun masuk kedalam kereta dan meninggalkan Higland Towers tersebut dengan bermacam-macam cerita yang dibualkan mereka dari pengalaman melawat tapak runtuhan itu sebentar tadi.

Biarpun mereka rancak berborak dengan pelbagai cerita sejak turun dari situ, mereka telah perasan satu perkara ganjil telah berlaku kepada Afiq. Afiq tidak bercakap walau sepatah perkataan pun sejak tadi, walaupun setelah mereka sampai ke restoran mamak untuk minum. Malah Afiq juga tidak memesan minuman atau pun makanan, dia hanya mendiamkan diri dan hanya menunduk memandang lantai. Tetapi masing-masing buat tidak tahu sahaja kerana tidak mahu mengganggu kalau-kalau dia sedang memikirkan masalah dirinya ketika itu.

Sementara menunggu pesanan yang diminta sampai, mereka menyambung kembali perbualan yang terhenti ketika membuat pesanan minuman tadi, dan tiba-tiba telefon bimbit kepada salah seorang dari mereka berbunyi. Apabila melihat kepada nama yang terpapar di skrin panggilan pemanggil, dia kehairanan, kerana panggilan tersebut dibuat dari telefon bimbit Afiq yang disebelahnya. Apabila ditanya kepada Afiq kenapa menelefonnya sedangkan dia berada di sebelah, Afiq hanya mendiamkan diri. Afiq pula dilihat seperti tidak melakukan apa-apa, dan tidak juga melihat dia memegang telefon bimbit.

Apabila keadaan menjadi semakin bingung, pemuda tersebut menjawab juga panggilan 'Afiq' itu untuk kepastian apakah yang sedang berlaku sebenarnya. Setelah menjawab panggilan tersebut, jelas kedengaran suara pemanggil tersebut adalah Afiq, dan telah membuatkan mereka semua terkejut dan serentak itu memandang ke arah 'Afiq' yang membisu itu. Selepas membuat pengesahan dan yakin yang membuat panggilan itu adalah Afiq yang sebenar, mereka segera meninggalkan tempat tersebut dan memecut kembali ke Highland Towers untuk menjemput rakan mereka, Afiq yang sebenar itu.

Makhluk yang menyerupai Afiq itu juga turut mengikut mereka menaiki kereta sehingga sampai ke Highland Towers, dan turun sejurus mereka memberhentikan kereta ditempat yang sama ketika sampai kali pertama tadi. Afiq yang sebenar juga telah lama berada disitu kerana menunggu, tetapi tidak dapat melihat perkara yang baru terjadi sebentar tadi. Setelah Afiq memasuki kereta, mereka terus memecut turun dan menceritakan perkara yang telah terjadi kepada 'Afiq'.


pssstt....jangan tenung lama-lama. takut ada yang melambai pulak..

kyra

About kyra -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :