Hadhinah Fawwazah atau lebih mesra di panggil Hannah telah berpeluang travel selama 3 bulan di USA bersama suami beliau, seorang warga Amerika.
USA merupakan sebuah negara bersaiz besar dan mempunyai 50 buah negeri. Untuk trip kali ini Hannah telah merentas jarak sejauh lebih 4000km dan menempuh 4 zon masa berbeza bagi mengunjungi 34 buah negeri pada Julai hingga September 2014.
Kita ikuti sebahagian dari kisah pengembaraan Hannah di bawah.
Yosemite National Park, California
Badwater Basin, Death Valley National Park, California. Saya berjalan di atas garam dan hanya garam di dalam gambar ini. Yang menariknya, bunyi dia macam berjalan atas serpihan kaca.
Crater Lake at Crater Lake National Park, Oregon. Terdapat pulau di tengah-tengah kawah gunung berapi ini dan pengunjung boleh melawat pulau ini hanya di musim panas.
Going-to-the-Sun Road, jalan utama di Glacier National Park, Montana.
On the way out of State of Oregon to State of Washington along Columbia River, to the east which is to State of Idaho.
Itu taksidermi kepala aligator yang dibela di Louisiana. Setiap taksidermi adalah bersiri maka pembelian kepala aligator ini ialah sah di sisi undang-undang. Kami bawa aligator ni mengelilingi USA! Ini ialah Monument Valley Navajo Tribal Park, Utah.
Antelope Canyon slot di Arizona. Sangat ramai orang walaupun dalam gambar ni tak nampak sangat. Sebab tak boleh masuk suka hati, wajib ikut tour yang diketuai oleh seorang yang berpangkat tinggi dalam puak Navajo (Red Indian).
Jalan keluar dari Crater Lake National Park arah utara. Rasa nak berlari-lari di atas jalan ni.
Jalan keluar dari Glacier National Park, Montana. Gambar tidak diedit, muka bumi, warna rumput dan jalan dia memang begini.
Garisan coklat ini ialah mikroorganisma hidup yang memakan mineral yang keluar dari mata air Grand Prismatic Spring di sebelahnya. Kalau pernah tengok NatGeo, ada satu mata air besar kat US ni di mana keliling dia ialah warna pelangi. This is what’s around it. Pengunjung tak dibenarkan menyentuh garisan coklat ni sebab mikroorganisma ni pun nak hidup juga!
Kalau ke Bryce Canyon National Park, Utah, boleh pergi hiking di Wall Street di celah-celah hoodoos ni dan akan terjumpa tiba-tiba 3 pokok. Hoodoos ni ialah tiang-tiang pasir hasil mendapan pasir dan batu gunung berapi yang mengalir ke sungai pada zaman Jurasik.
White Sands National Monument, New Mexico.
McWay Falls on Pacific Coast Highway/Hwy 1, California
St Mary Lake, East of Glacier National Park, Montana, di mana saya terjumpa banyak beruang berkeliaran!
Emerald Pool, Yellowstone National Park, Wyoming. Cantik tapi merbahaya. Pengunjung tak boleh dekat dengan air atau pijak tanah keliling kawasan mata air panas.
Gunung Wilbur dan Tasik Swiftcurrent di Timur Glacier National Park, Montana. Air tu sejuk macam ais kosong.
Sempat lagi berlari kat sini. Siapa pernah tengok movie Forrest Gump? Sinilah tempat dia tiba-tiba berhenti berlari setelah 3 tahun lebih dia berlari dari rumah dia di Alabama. Saya pun ambil kesempatan berlari di tempat yang sama. Seronok sebab takda kereta! Ini juga di Monument Valley, Utah.
Ini betul-betul, ini bukan cobaan. Terdapat sebuah pekan bernama Crazy Women Creek di USA, dan beberapa pekan lain yang nama memang tak boleh blah. Dulu aku ada pos nama pekan Yolo, California.
Kau hado? U.S.A and its funny township names.
credit : thevocket