Monday, 11 July 2016

kyra

7 Hotel di Malaysia dengan INFINITY POOL yang SUPERB



Malaysia sememangnya banyak pilihan hotel atau resort yang terdiri daripada bajet hingga lah berbintang-bintang mewah. kebiasaan nya, hotel atau resort yang "high class" mempunyai tarikan kolam renang yang menarik yang pasti membuat hati melonjak-lonjak nak pergi..hihi
Salah satunya dipanggil infinity pool iaitu kolam renang yang pemandangannya seolah-olah bergabung dengan lautan atau landskap pemandangan di sekitarnya.
Berikut merupakan 7 hotel dan resort yang mempunyai infinity pool yang pasti menggamit jiwa raga para pengunjung yang menginap di sini samaada untuk honeymoon atau untuk cuti-cuti di musim cuti sekolah.
1. Bunga Raya Eco Resort


Sebuah resort mewah di perairan Sabah dan terletak di kawasan yang kaya dengan keindahan terumbu karang dan air lautnya yang jernih. Resort ini terdapat sebuah kolam infiniti di ruang legar yang besar dan mempunyai pemandangan lautnya yang cantik. Sekiranya pengunjung menginap di Royal Villa di sini, terdapat juga infinity pool persendirian hanya di belakangnya dan mempunyai pemandangan yang sememangnya sungguh syahdu menusuk kalbu. Satu tempat menarik di Sabah untuk berbulan madu di kawasan yang terpencil dan indah.


2. Avani Sepang Goldcoast Resort



Sebuah resort di atas Selat Melaka berdekatan dengan Pantai Bagan Lalang yang sangat terkenal kerana bentuk binaan landskapnya yang membentuk sepohon pokok palma. Selain keindahan pemandangan laut dari balkoni villa atas airnya, di sini juga terdapat sebuah kolam infiniti di sebelah Club House yang kelihatan seolah-olah bersambungan terus dengan lautnya.

3. Somerset Ampang Kuala Lumpur

Sebuah hotel mewah di Jalan Ampang , Kuala Lumpur yang mempunyai kolam outdoor dan berkonsep infinity pool di bahagian roof top. Lokasinya yang tidak bersebelahan dengan bangunan yang lebih tinggi membuatkan panorama malam dari sini sungguh menarik terutamanya view KLCC. Tempat yg sangat menarik untuk berbulan madu. sexy ok pool die!! <3



4. Regalia Service Residence

Regalia bukanlah sebuah hotel mewah tetapi merupakan servis apartment mewah yang terletak di Kuala Lumpur yang mempunyai kolam infiniti yang sangat cantik.






5. Pangkor Laut Resort

Sebuah resort persendirian di atas air yang terletak di Pulau Pangkor yang pernah dinobatkan salah satu daripada 25 hotel terbaik pada 2014 pilihan pengunjung di TripAdvsor. Pangkor Laut Resort mempunyai 2 kolam renang yang sangat cantik berlatar belakangkan pemandangan laut dan villa mewahnya di atas air.




6. Capri by Fraser Kuala Lumpur

Sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur yang mempunyai infinity pool di bahagian rooftop. Pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur terutama di waktu senja pasti menenangkan jiwa seolah-olah anda bercuti di sebuah pulau sehingga terlupa kesibukan ibu negara Malaysia ini.



7. Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hotel mewah yang bersambung dengan KL Sentral Station ini menawarkan penginapan yang ideal untuk mereka yang inginkan lokasi yang strategik dan landskap hotel yang menarik di KL. Infinity pool di rooftop merupakan satu fasiliti yang wajib pengunjung cuba terutamanya di waktu malam atau pagi untuk melihat keindahan panorama bandaraya KL.












kyra

About kyra -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :